Sunday 15 April 2012

sejarah cili

Cili nama saintifiknya Capsicum spp ialah sejenis sayuran berbuah daripada famili Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupakNama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali. Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.

Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu sebelum Masihi. Terdapat bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.

Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili berwarna kuning dengan berat 3.5-5.0 g/1,000 biji. Pendebungaan cili adalah secara persenyawaan sendiri. Walaupun begitu 30% dari bunga cili akan berlaku persenyawaan silang juga.

Terdapat pelbagai jenis varieti cili di Malaysia yang kebanyakannya digunakan dalam bahan masakan. Cili besar dan cili kecil (juga dikenali sebagai cili api atau cili burung) adalah antaranya. Selain itu, Terdapat beberapa kultivar cili (Capsicum annum Lin) yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis hibrid. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai.

2 comments:

  1. Menarik sekali chile dlm bhm amarika latin.
    Apakah kaitannya dgn negara chile juara copa amarika tu.
    Sejarah nm negara tu ada kaitan dgn cili padi ke

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali chile dlm bhm amarika latin.
    Apakah kaitannya dgn negara chile juara copa amarika tu.
    Sejarah nm negara tu ada kaitan dgn cili padi ke

    ReplyDelete